UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Ahad, 9 Mei 2010

LAWAK PENCURI!

Pencuri yang satu ini sudah pasti mempunyai humor yang tinggi juga.  Mereka boleh buat lawak dengan meninggalkan nota minta maaf seperti di bawah ini lagi.


Ini gara-gara mereka telah mencuri sebuah kereta resmi Ketua Polis Selangor dua hari lepas.  Agaknya bila dah tersiar berita tentang kecurian ini, baru mereka terperasan yang mereka telah mencuri kereta penguatkuasa.  Tentu susah nak mendapat kerjasama dari kedai-kedai potong tu.

Saya cuma pelek juga, kenapa pulak kereta berkenaan berada di tempat ianya dicuri dan pembawanya sedang minum pagi pula?  Kira-kira kereta resmi ni memang bebas dibawa ke mana saja agaknya!

3 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Kereta kerajaan, kereta rakyat! :)

    BalasPadam
  2. Wkmslm kakak. Sedih ni! Tp TK di atas ziarah. ;0

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Jgn melayan sgt perasaan, bawa berzikir & tahmid. Dah p makan?

    BalasPadam