UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Sabtu, 15 Mei 2010

MESTI CARANYA TIDAK KENA

Saya pun bukan seorang yang berkebolehan dan berkelulusan tinggi untuk membicarakan tentang hal-hal yang besar mengenai negara.  Tetapi di waktu yang sama, saya amat merasakan bahawa kita perlukan suatu perubahan yang jauh lebih baik.

Di zaman saya kanak-kanak dulu, kita masih boleh merasakan kehebatan kita dibidang sukan bolasepak dan badminton.  Tetapi sekarang semuanya berada di tahap corot dan amat tidak memberangsagkan.  Juta-juta wang terus dihabiskan, tapi kemajuan tidak nampak jelas.

Mesti caranya tidak kena.  Sesuatu yang saya rasakan paling tidak kena ialah banyak jawatan di dalam persatuan-persatuan sukan sekarang dimonopoli oleh ahli politik dan korporat.  Sepertinya mereka lebih berminat mencari nama untuk diri sendiri!

Kita mahukan pemimpin yang hati dan nadinya berada di dalam sukan-sukan berkenaan.  Umpamanya kita tidak mahu seorang Menteri Sukan yang mengaku terlepas pandang dan lewat menempah tempat perlawanan sebesar Piala Thomas, tetapi meremehkan kesilapan itu.  Sekarang bila ternyata pemain-pemain negara tidak mampu meraih kembali Piala berprestij ini, beliau hebahkan mahu mengadakan 'post-mortem' pula.

Orang yang tidak cerdik dan tidak berkelulusan seperti beliau tahu, squad kita kurang bersedia di segi mental, dan mereka kelihatan goyah.  Jika persekitaran kacau dan tidak mendukung, kosentrasi pemain memang mudah goyah!

6 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Letih je bercakap, bukannya didgr!

    BalasPadam
  2. Aslmkm.
    Sampai la pun tak ngaku silap .. tu pasai susah nak maju! Hehe.

    BalasPadam
  3. Salam.
    Memang banyak yg tidak kena. Tp kita hanya ada kuasa sekali saja setiap 4-5 tahun. Sekarang cakap pun tak guna!!!

    BalasPadam
  4. Wkmslm Kak G.
    Tapi kena cakap jugak! Semoga lbh byk orang insaf & sedar! Baik utk semua kan? :)

    BalasPadam
  5. Wkmslm CIK.
    Tu la .. kita bersuara jugak!!

    BalasPadam
  6. Salam kembali ASAN.
    Kita cuba sedarkan ramai orang. Nnti bila datang masa utk buat pilihan, org insaf!

    BalasPadam