UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Khamis, 6 Mei 2010

SIBUK TAHAP MAKSIMA

Oleh kerana apa yang  berlaku di pejabat tempuhari segala jadual penghantaran barang kepada pelanggan terpaksa dilakukan semula.  Saya juga terpaksa memanggil kontraktor untuk memperbaiki segala kerosakan dan menggantikan sistem keselamatan pejabat.

Jadi minggu ini saya dan staf-staf amat sibuk sekali.  Saya malah terpaksa menempatkan seorang staf untuk berada di ofis secara bergilir-gilir sepanjang hari.

Akhirnya hari ini barulah segala urusan membaik pulih kerosakan serta memperbaiki sistem keselamatan itu selesai.  Saya dan staf barulah dapat melakukan kerja bersabit dengan urusan penghantaran bekalan itu.  Insya Allah, minggu depan segalanya akan berjalan lancar seperti biasa.


3 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Alhamdulillah. Insya Allah rezeki akan bertambah!

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan.
    Jangan terlalu ikut sibuk tu .. byk lg dlm hidup ni perlu dilakukan juga. :)

    BalasPadam
  3. Wkmslm Kak G.
    Amin. Terima kasih bbyk ya.

    Salam perkenalan utk ROHA. :)

    BalasPadam