UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Khamis, 10 Jun 2010

MEREKA INI PENGANUT AGAMA APA?

Sudah berdekad-dekad kita mendengar tentang cerita pembunuh berani mati.  Pembunuh nekat seperti ini didapati hadir di kalangan masyarakat tertentu.

Semalam diberitakan seorang pembunuh berani mati ini telah merempuh satu majlis kenduri di Kandahar, Afghanistan dan meletupkan dirinya.  Perbuatannya membunuh dan mencederakan ramai tetamu.

Peristiwa ini sungguh amat menyeramkan.  Nasib baiklah perkara seperti ini tidak hadir di dalam masyarakt kita.

Saya terfikir-fikir sendiri; pembunuh berani mati ni sebenarnya penganut agama apa?  Saya yakin ini bukanlah sesuatu yang diharuskan didalam Islam.

Pembunuh berani mati adalah mereka yang membunuh diri.  Membunuh diri adalah salah dalam Islam, dan tiada hukum dan nas yang mengharuskan perkara seperti ini sekalipun.

Mereka yang melakukannya dan mereka yang seangkatan dengan mereka mengatakan ini adalah jihad dan mati mereka adalah mati shahid.  Hukum mana dan nas mana yang mereka pakai?

Apa yang jelas dan nyata membunuh diri adalah sesuatu yang bukan jihad tapi sahih adalah amalan sesat!  Jelas mereka jahil dalam ilmu Islam.

7 ulasan:

  1. Salam Keri.
    Mereka ini tidak berilmu yg betul & jelas. Byk ikut2an & bila diapi2kan dengan semangat juang kerana jihad, ikut saja! Itu kata orang jika tak betul ilmu jadi hantu!

    BalasPadam
  2. Salam perkenalan.
    Byk orang cetek ilmu & suka ikut2an.

    BalasPadam
  3. Aslmkm.
    Orang Islam ke selam?!!

    BalasPadam
  4. Salam Keri.
    Memang byk orang jd sesat kerana ikut orang yg tersesat & tersasar! :((

    BalasPadam
  5. Salam ziarah.
    Lama tak ke sini.
    Bagus N3 ni .. begitulah agaknya kerana kita di akhir zaman.

    BalasPadam
  6. Aslmkm Abang.
    Ada masa datang le ke rumah .. cik buat bubur jagung + kacang! Hehe.

    BalasPadam
  7. Salam kepada semua kawan2 yg sudi menjengah ke sini. Saya akan cuba balas kunjungan. Sementara tu, harap sudikan terus singgah bila berkelapangan ya. Terima kasih banyak ya.

    BalasPadam