UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Ahad, 20 Jun 2010

TIADA HARI BAPA UNTUKKU

Sudah bertahun-tahun juga saya rasa kesunyian disaat kaum lelaki yang bergelar Ayah, Pak, Abah, Daddy dan pelbagai lagi merayakan Hari Bapa dengan gembira.  Memang sudah begitu suratan takdir.

Saya tidak pernah mengenali ayah kandung sendiri kerana saya dipelihara oleh keluarga angkat sejak berumur separuh hari.  Ayah saya menghilang diri sebelum saya dilahirkan lagi.  Ibu saya kahwin baru selepas melahirkan saya.

Ayah angkat memang memelihara saya sebagai anak sendiri kerana keluarga angkat saya tidak ada anak lelaki.  Tetapi kini, ayah angkat saya juga sudah meninggal lapan tahun yang lalu kerana sakit tua.

Saya tidak punya anak sendiri.  Isteri saya pun tidak mahu membela anak angkat.  Jadi kami hidup berdua suami isteri saja.  Sedih kan!

Selalunya saya ke rumah kakak angkat saya dihari minggu.  Kekadang ke rumah adik sepupu angkat.  Tetapi di hari bapa selalunya saya tidak akan pergi kerana rasa janggal pula.


7 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Jangan ikut sangat rasa sedih tu .. bersyukur saja dengan segala rahmat Allah. Datanglah ke rumah ya!

    BalasPadam
  2. Salam Keri.
    Ehhh, jangan sangat ikut perasaan. Anda beruntung mempunyai keluarga angkat yg baik. Apa salahnya bersama mereka di Hari Bapa.

    BalasPadam
  3. Aslmkm KERI.
    Sentiasa lihat kepada kebaikan. Insya Allah kita akan sentiasa merasa nikmatnya.

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Banyak sabar dan bersyukur. Kebahagiaan masih ada.

    BalasPadam
  5. Salam Keri.
    Nikmat & rahmat datang dlm pelbagai bentuk & rupa .. jgn jadi gusar!

    BalasPadam
  6. Salam KERI.
    Sabar menghadapi dugaan. Ada rahmat & barakah lain tu, insya Allah.

    BalasPadam
  7. Salam Keri.
    Jangan gitu. Ada sebab yang kita tak tahu. Tentu ada hikmahnya tu. Keri pun punya keluarga angkat yg sgt baik!

    BalasPadam