UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Isnin, 22 Februari 2010

BERGELAP ANGKARA PENCURI


Memang pencuri-pencuri peralatan sambungan arus letirk tidak takut dan tidak serik-serik mencuri alat peralatan sambungan arus letrik di stesyen pencawang elektrik.  Ini adalah kerana ada pembeli yang mahu membelinya dengan membayar harga yang cukup berbaloi dengan usaha mereka.  Jadi, episod penduduk bergelap kerana pencawang rosak setelah diceroboh akan sentiasa berulang.

Dua hari lepas, kira-kira 200 orang penduduk di Taman Mutiara, Sungai Kob, di Kulim, Kedah terpaksa bergelap setelah pencuri menceroboh pencawang elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di kawasan Kulim.  Mereka telah mencuri peralatan "Neutral Passbar" pada Peti Pembekal Voltan Rendah dan sistem pembumian pencawangan telah dicuri.

Mengikut sumber berita berkenaan, penduduk dianggarkan kerugian RM 10,000 setiap rumah.  Ini adalah kerana berlaku kerosakan barangan elektrik akibat renjatan bekalan elektrik setelah kemasukan aliran elektrik yang terlalu tinggi.  Banyak peralatan seperti peti televisyen, peti sejuk, pemain cakera padat dan seterika meletup, terbakar dan rosak secara tiba-tiba.

Awal pagi tadi rumah saya pula tiba-tiba tiada punca letrik.  Saya tengah mandi, tiba-tiba lampu terpadam dan pancutan air jadi perlahan.  Menggagau saya keluar  mencari set lampu kecemasan di bilik tidur setelah isteri saya menjerit di dapur kerana ketakutan.  Tersepak beberapa barang jugalah baru sampai ke tempat lampu itu diletakkan.

Saya menjengah keluar ke rumah jiran.  Sama juga, semuanya kelihatan gelap.  Selepas itu saya membuat lapuran kepada TNB.  Rupanya sudah ada jiran yang sudah pun membuat lapuran.

Sehingga saya keluar kerja tadi, bekalan letrik belum dipulihkan lagi.  Mengikut sumber TNB, peralatan sambungan arus letrik di pencawang dekat kawasan rumah saya telah dicuri, dan mereka perlukan sedikit masa untuk menggantikannya.

2 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Sekarang ni mmg kerap berlaku begitu kerana pencuri2 tahu peralatan tu laku & senang dijual. Kita terpaksalah juga hadapi dgn tabah ...

    BalasPadam
  2. Aslmkm KERI.
    Bid bz pulak selepas Tahun Baru Cina .. ni baru dpt ziarah ke sini.
    Gitu pula di bandar rupanya ya .. sbb taraf kehidupan tinggi, kerja susah, jd dia org rembat je apa yg senang dpt.

    BalasPadam