UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Isnin, 1 Februari 2010

BILA TERPUTUS BEKALAN LETRIK

Duk berehat sambil membaca berita 'on-line' saya tertarik pula dengan berita ini.  Lepas tu nostalgia la pulak .. Saya petik dulu berita ini:
GEORGETOWN: Kira-kira 10,000 pengguna di kawasan berdekatan dengan Sungai Pinang di sini, terputus bekalan elektrik apabila kabel peti pembekal kuasa di Pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB) terbakar di sini, hari ini.

Pengurus Besar TNB Pulau Pinang, Abdul Aziz Jaafar, berkata antara tempat-tempat yang terjejas dengan gangguan bekalan elektrik akibat kebakaran kabel yang berlaku lebih kurang jam 4.45 petang itu termasuklah Jalan Larut, Jalan Chowrasta dan Sungai Pinang.

"Kerja-kerja pembaikan akibat kebakaran itu sedang giat dijalankan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian petang tadi.

Abdul Aziz berkata, sehingga jam 7 malam tadi, kira-kira 80 peratus bekalan elektrik di sebahagian kawasan perumahan yang terlibat berjaya dipulihkan manakala bakinya dijangka pulih kira-kira 9 malam ini.
Seharusnya semua dah pulih sepenuhnya sekarang ni.  Ada masa TNB menepati sasaran.  Tetapi kekadang tu mereka melewati masa juga.

Bukan apa, saya teringat masa di kampung dulu.  Bila terputus bekalan letrik, tergapai-gapai mencari pelita lama.  Bila terjumpa dah minyak tanah pula habis.  Lilin tu memang la tak terbiasa simpan.  Hujung-hujung pakai minyak masak menggatikan minyak tanah.  Api bukan lebih terang, malah terkedip-kedip merah.  Bila mengenangkan semua peristiwa silam begini, rasa lucu pulak. :)

2 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Pertamanya, terima kasih di atas lawatan & doa ya ..
    Kak G pun pernah mengalami peristiwa gitu sekali dua masa di kpg dulu tp bila kehabisan lilin :) ...

    BalasPadam
  2. Aslmkm KERI.
    Kat tempat Bid ni selalu tak ada api .. kekadang sekejap, kekadang lama .. pernah samapi hampir semalaman. Tp mmg pelita minyak tanah selalu ada standby la.

    BalasPadam