UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Sabtu, 13 Februari 2010

CUTI TAHUN BARU CINA



Dah senyap sunyi juga di kawasan perumahan sini.  Ramai penduduk dah pun pergi bercuti.  Di kiri rumah, jiran keluarga Cina balik ke kampung sebelah suaminya di Melaka.  Jiran disebelah kanan pun balik Melaka sebelah keluarga suami juga.  Barulah terperasan rupanya kita orang di apit oleh orang Melaka kiri dan kanan, iaitu kedua-dua suami berasal dari Melaka.

Mengikut pendapat ramai, orang Melaka ni memang jenis ramah, kepuh tapi agak ranggi.  Saya pun tak pandai sangat menilai.  Yang nyata jiran Cina tu lebih mesra, berbudi bahasa dan peka, sementara jiran Melayu adalah angin tinggi sedikit.  Jadi saya sekeluarga lebih rapat dengan keluarga Cinalah.  Nak buat macam mana, kenyataannya kita memang lebih senang dengan orang yang lebih senang didekati.

Oleh kerana ramai orang pergi bercuti, kita orang ambil keputusan tak jadi balik kampung - pegang jawatan penjaga keselamatan tak bertauliahlah untuk beberapa hari ini :)  Lagi pun memang ada kenduri kahwin di rumah saudara di Kelang dan Keramat.  Rasanya takkan rasa sunyi sangat la kut.

6 ulasan:

  1. selamat bercuti dan selamat menjaga rumah2

    BalasPadam
  2. Ya Cikgu, insaya Allah. Selamat bercuti

    BalasPadam
  3. Aslmkm KERI.
    Ya ka jd jaga tak bertauliah? .. :) Takpe le, kira amal jariah tu.

    BalasPadam
  4. Aslmkm.
    Attitude yg bagus ... Semoga dirahmati Allah dgn rezeki yg lbh baik.
    Kak G pun tak balik kampung ... emak duduk dgn Kak G. Kalau balik tu utk ziarah kubur ayah & rumah sdra2 ... bila dah tau jem giler, malas pula, jd ziarah sini2 je ... lg pun ada kenduri jugak di sini.

    BalasPadam
  5. Hmm, tapi tak pergi bercuti pun sibuk ke?

    BalasPadam
  6. Wkmslm BID & Kak G.
    Terima kasih di atas doa Kak G. Amin.
    Saya pun ada jemputan kenduri juga. Sibuk dan menyibuk jugalah :)

    BalasPadam