UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Isnin, 8 Februari 2010

KENAPA JADI BEGINI?

Suatu ketika tak berapa lama dulu  'Eye of Malaysia' dikagumi oleh ramai warga kota dan juga rakyat jelata.  Tapi ia telah menjadi sejarah.  Saya petik berita mutakhir mengenainya di bawah:

Mahkamah benar buka roda gergasi 'Eye of Malaysia'

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Dagang di sini, hari ini membenarkan permohonan syarikat dari Belgium, Fitraco NV untuk memindah keluar roda gergasi 'Eye of Malaysia' dan boleh memasuki tanah milik syarikat "Eye On Malaysia Sdn Bhd."

Mahkamah juga memerintahkan tanah itu dibaikpulih seperti sedia kala selepas roda itu dibuka.

Hakim juga perintahkan defendan pertama, MST Ad Suria Sdn Bhd, membayar kos RM35,000 dan defendan kedua, Eye On Malaysia Sdn Bhd membayar RM10,000 kepada plaintif.
Saya memang bukan pakar.  Tapi saya terfikir kenapalah perkara seperti ini harus berlaku.  Walaupun itu adalah urusan perniagaan dan syarikat terbabit, apa yang terjadi sedikit sebanyak turut menjejaskan nama Malaysia juga.

2 ulasan:

  1. Aslmkm KERI.

    Begitulah Malaysia kita .. yg terang sudah baik diapi-apikan pula, yg jelas tidak menguntungkan negara diberikan prioriti juga .. nama pun manusia, mmg byk yg jauh dr sempurna.

    BalasPadam
  2. Wkmslm Kak G.
    Malaysia kehilangan arah panduan atau salah pegangan?

    BalasPadam