UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Jumaat, 26 Februari 2010

SALAM MAULIDUR RASUL


Umat Islam seluruh dunia mengadakan pelbagai acara sempena menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW pada setiap tahun.  Sekali lagi Maulidur Rasul datang lagi pada hari ini.

Allah SWT telah mengangkat Nabi Muhammad SAW ke tahap tertinggi, dan setiap apa yang kita buat sebagai memuliakan baginda akan dibalas dengan kebaikan pahala.  Jadi eloklah jika turut sama-sama meraikan Maulidur Rasul ini.  Paling tidak pun kita bersalawat berlipat kali ganda dari hari-hari lain sepanjang tahun.

Saya mencari-cari dan kemudian mendapat kaligrafi di atas melalui khidmat Google.  Nampak cantik dan rasanya sesuai untuk menghiasi laman saya.

Lupa pulak nak memperkatakan sedikit tentang bulan kelahiran Nabi, iaitu bulan Rabiulawal, tahun Hijrah.  Bulan Rabiulawal  ialah bulan ketiga dalam kalendar Islam.

Mengikut sejarah, bulan Rabiulawal bermaksud bulan bilamana pokok-pokok tanaman mula berbunga atau musim bunga sesuatu tahun.  Kebiasaannya di bumi Arab ini, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan juga mula berbunga dan seterusnya berbuah.  Jadi nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka.  Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW telah mengekalkan nama Rabiulawal ini.

Sekali lagi Selamat Maulidur Rasul.  Semoga kita semua diberkati dengan limpah rahmat Allah.  Amin.

4 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Begitu ceritanya. Bid baru tahu sejarah bulan Rabiulawal.
    Salam & selawat kepada Baginda Rasulullah SAW.

    BalasPadam
  2. Salam Maulidur Rasul & selamat bercuti di hujung minggu.
    Paparan informasi tambahan yg baik. Teruskan :)

    BalasPadam
  3. Wkmslm BID.
    Terima kasih di atas lawatan & komen. Senang2 dtg lg :)

    BalasPadam
  4. Salam Maulidur Rasul juga kpd Kak G. Terima kasih byk ya Kak G di atas komen & sokongan.

    BalasPadam