UCAPAN SELAMAT

Hi dan salam sejahtera kepada semua kawan-kawan dan rakan yang sudi berkunjung ke sini.

Ahad, 2 Mei 2010

'BEKERJA' DI HARI PEKERJA

Kiranya bukan semua pekerja bercuti di hari pekerja ini.  Saya termasuklah di dalam golongan ini.  Tak semena saja pengawal pejabat menelefon dan katakan bahawa pejabat seperti dipecah masuk pencuri.

Kelam kabut saya dan seorang kakitangan lagi pergi ke pejabat.  Sampai di pejabat, rupanya pengawal keselamatan salah memberitahu.  Pejabat sebelah yang telah berjaya dipecah masuk.

Walaubagaimanapun pintu pejabat syarikat saya telah diumpil.  Cermin besar pecah.  Tetapi mangga besar  gril dalam belum berjaya dipecahkan lagi.

Oleh kerana kejadian itu, saya terpaksalah memeriksa seluruh pejabat juga.  Alhamdulillah, jelas mereka tidak berjaya buat apa-apa kerosakan lain.   Semuanya baik.  Tetapi syarikat saya juga ada memakai 'alarm' canggih sedikit. Mungkin itu yang membuat penjenayah itu gagal menceroboh masuk.

Namun begitu saya perlu mengambil langkah untuk memastikan tahap keselamatan masih di tahap tinggi. Saya terpaksa memanggil dua orang staf lagi datang membantu.   Kami terpaksa membawa barang-barang yang sedia tersusun untuk penghantaran pada hari Isnin dan Selasa masuk semula ke dalam kawasan premis yang lebih selamat.

Sampai malam jugalah baru semuanya selesai.  Badan terlalu amat letih ni tapi sementara mata belum mahu nak tidur, saya  mengadap komputerlah sekejap. :)

2 ulasan:

  1. Aslmkm.
    Sabarlah menghadapi segala dugaan. Bersyukur kerana musibah hanyalah setakad percubaan yg minimakan kerugian. Insya Allah semuanya akan OK. Yakinilah, ada hikmahnya tu!

    BalasPadam
  2. Salam.
    Saya turut simpati. Semoga tabah menghadapi dugaan.

    BalasPadam